Setiap Hari Di Sekolah

Assalamualaikum                                                                                                                                  

Akibat Dan Hasil

assalamualaikum                                                                                                            

Pengangan

Assalamualaikum                                                                                                                   

Standard Bukan Halangan

Assalamualaikum                                                                                                                                                         

Dunia

Assalamualaikum                                                                                                                                  

5 Perkara

Assalamualaikum                                                                                                                                                    

Islam

Assalamualaikum                                                                                      
Assalamualaikum ..

 blog ni penuh denga tiru .. tetapi sa telah ubah sedikit sahaja .. tetapi dari sumber yang sama .. kepada yang telah merasakan ada apa2 entri yang di tiru .. harap dihalal kan .. =_=

Jangan Lalai

Assalamualaikum                                                                                                                       

Mujahid 2

Mujahid

assalamualaikum

bismillahirahmanirahim

sudah lama tak post entri di dalam blog ni .. Allahandulillah .. dapat juga buat entri yang baru ..

Kisah Muhammad S.A.W



assalamualaikum,selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad S.A.W






Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.”Ummatii, ummatii, ummatiii?” - “Umatku, umatku, umatku” Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin….

InsyaAllah


Sunnatullah

Assalamualaikum

Maksud Sunnatullah ialah cara dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T

Bak Kata Orang Arab

Assalamualaikum ..

Sesiapa seharian hidup nya sama seperti semalam .. Dia lah orang yang hidup dalam kejahilan .. dan sesiapa sehari semalam lebih baik daripada hari ini .. Allah memberi kehinaan kepada dia .. jadi mari lah beramal supaya lebih baik daripada hari semalam .. selamat beristiqamah

Hebatnya Agama Islam Dan Pengaruh Muhammad

               Assalamulaikum .. Ah lan wa salan

Di dalam buku yang bertajuk "THE SPHERE" Lancelot Lawton berkata "Saya terpaksa mengakui agama Muhammad adalah lebih sesuai bagi Afrika daripada agama  kristian.Malah itu mungkin juga lebih sesuai bagi seluruh dunia.Pencapaian yang dicapai melalui ajaran-ajran lain.Bukti-bukti yang boleh disebutkan adalah pantang larang yang diajar oleh agama,roh,kemesraan,pengharaman riba dan pengiktirafan rasul-rasul yang lain daripada Muhammad.Muhamad pula tidak berlagak menjadi seperti Tuhan malah beliau sendiri mengawal tingkah lakunya.

Hidup Tak Pernah Bersyukur

                         Assalamualaikum.Berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad

Pilihan Jalan

                                                   Assalamualaikum

Angka 63

                                                   Assalamualaikum


1-Rasulullah wafat semasa berumur 63 tahun.
2-Abu Bakar As-Siddiq  juga meninggal pada usia 63 tahun.
3-Omar Al-Khattab juga meninggal pada usia 63 tahun.
4-Ali bin Abi Tolib juga meninggal pada usia 63 tahun.

Jenis Hadis

                                                                Assalamualaikum


Jenis-jenis HADIS

Pada awal perkembangan Islam Al-Hadis telah diriwayatkan secara lisan/ingatan, dan selepas kira-kira 100 tahun kemudian ianya dikumpulkan dan dibukukan oleh para penyelidik Hadis. Hasil daripada pengumpulan tersebut Hadis terbahagi pula beberapa bahagian mengikut riwayat/periwayatnya:
[b]

1. [u]Hadis Mutawatir[/u]

Hadis yang diketahui/diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai meyampai perkhabaran (Al-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin bahawa mereka yang sampai menyampai tersebut tidak bermuafakat berdusta tentangnya




2. [u]Hadis Mashyur[/u]

Hadis utama yang diriwayatkan dari berbilang periwayat Al-Hadis.iaitu sekurang-kurangnya tiga sanad (jalan kepunca Al-Hadis) atau dari tiga periwayat Hadis yang berbeza




3. [u]Hadis Sahih[/u]

Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat berikut:

i. Adil
ii. Kuat Ingatannya.
iii. Sejahtera dari keganjilan dan
iv. Sejahtera dari Kecederaan yang memburukkan.




4. [u]Hadis Hasan[/u]

Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti Al-Hadis Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat.




5. [u]Hadis Dho'if[/u]

Hadis yang tidak diketahui periwayat atau pun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat Hadis Sahih atau Hasan.




6. [u]Hadis Marfuk'[/u]

Hadis yang diriwayatkan bersandarkan kepada keinginan Nabi saw sendiri, sama ada ucapan,perbuatan atau pun takrirnya.




7. [u]Al-Hadis Mauquf[/u]

Merupakan kepatuhan atau perkataan sahabat sendiri yang diriwayatkan kepada kita




8. [u]Al-Hadis Mursal[/u]

Merupakan perkataan yang diucapkan oleh tabi'ie (mereka yang tidak pernah bertemu Nabi saw) secara lansung atau terus kepada Nabi saw dengan tidak melalui perantaraan sahabat.




9. [u]Al-Hadis Muttasil[/u]

Hadis yang berhubung/bersambung sanadnya dan setiap mereka yang meriwayatkannya mendengar terus dari orang yang meriwayatkan kepadanya sehingga sampai kepada Nabi saw atau kepada para sahabat.




10. [u]Hadis Mahfuz[/u]

Hadis yang terpelihara, iaitu mereka yang meriwayatkan Al-Hadis tersebut, adalah mereka mempunyai kepercayaan yang tidak bertentangan kepercayaan dengan kepercayaan terhadap gulungan lainnya (tidak ada kepentingan peribadi).




11. [u]Hadis Jaiyid[/u]

Hadis yang dikatakan baik dan Sahih oleh ahli atau para penyelidik Al-Hadis.




12. [u]Hadis Mujawwad dan Tsabit[/u]

Merupakan nama lain bagi Al-Hadis Sahih dan Hasan.




13. [u]Hadis Maudhuk'[/u]

Hadis yang diriwayatkan oleh mereka dengan mendustakannya dari Nabi saw pada halnya nyata tidak. Juga dikenali sebagai Hadis Palsu.(Diriwayatkan berdasar kepentingan tertentu).

Safar

Bulan safar ...bulan safar=sifar=kosong  ...dan pada zaman Nabi pada bulan ini akan ramai yang keluar berniaga,berperang dan lain2 lagi .. kerana bulan muharram adalah bulan yang haram berperang, berniaga dan selain nya .. dan pada bulan safar ramai yang mengata kan bulan yang bawa sial,bulan bawa pernyakit dan bulan bawa bala .. sedang kan semua itu adalah kebetulan sahaja kerana Allah turun kan bala,penyakit dan sial itu dari awal lagi tapi kerana lapisan langit yang bergitu besar ... bala,penyakit dan sial itu adalah turun pada bulan safar secara kebetulan .. jangan lar kita anggap yang bulan safar itu pembawa sial,bala dan penyakit .. jadi mari berdoa supaya diri kita tidak dapat penyakit,bala dan sial pada bulan ini .. Amin ...

Si Kuda Dan Si Baik

     Pada suatu hari di bandar Madinah,ketika Nabi Muhammad sedang mengajar ilmu agama islam kepada sahabat-sahabatnya di dalam masjid,tiba-tiba datang seorang lelaki manaiki unta di luar masjid. Lelaki itu kelihatan seperti pengembara yang datang dari jauh . Lelaki itu turun dari unta dan pergi ke tempat mengambil wuduk lalu mengambil wuduk. Selepas lelaki itu mengambil wuduk lelaki itu terus masuk ke masjid dan berjumpa Nabi Muhammad.

    Lelaki itu menyapa Nabi Muhammad dengan penuh hormat sambil memberi salam, lalu beliau berkata "Saya adalah pengebara. Saya mengembara 9 hari untuk berjumpa dengan Tuan". Dia berkata lagi ,"Dalam pengembaraan ini, saya menahan rasa ngantuk pada waktu malam dan menahan rasa dahada pula pada waktu siang. Saya memecut unta saya berlari supaya cepat sampai ke sini." Lelaki remaja itu bercerita bersungguh-sungguh tentang pengembaraannya.

   "Semua yang saya lakukan itu kerana mahu berjumpa dengan Tuan dan bertanya tentang 2 masalah ," ujar lelaki remaja itu dengan menjelas kan niat pengembaraannya.

   "Silakanlah! Beritahu masalah kamu kepada saya,: kata Nabi Muhammah sambil mempelawa lelaki remaja itu bertanya.

    Ibarat orang ngantuk disorongkan bantal,lelaki remaja itu segara bertanya tentang dua masalah yang terpedam dalam hati nya selamat ini.

   "Wahai pesuruh Tuhan, masalah saya yang pertama ialah bagaimana sifat-sifat manusia  yang di sayangi Tuhan? Masalah kedua bagaimana pula sifat-sifat manusia yang dimurkai Tuhan yang maha satu?" tanya lelaki remaja itu dengan tidak sabar-sabar menanti jawapan dari Nabi Muhammad.

   Nabi Muahammad berasa kagum dengan lelaki remaja ituNabi Muhammad tersenyum sambil memandang ke wajahnya.

  Walaupun begitu ,Nabi Muhammad tidak segera menjawap jawapan lelaki tersebut."Wahai orang muda,siapkah nama kamu?" tanya Nabi Muhammad."Kawan-kawan saya sering memanggail saya dengan gelaran Zaid Khail,:jawap lelaki remaja itu memperkenalkan dirinya.

  Zaid Khail bermaksud Zaid Si Kuda Jantan.Kemungkinan beliau suka membela kuda atau berlari pantas kuda hingga beliau di gelar Si Kuda Jantan.

  Apabila Nabi Muhammad mendengar namanya,beliau tersenyum lalu berkata"Bukan Zaid Khail tetapi nama kamu sekarang ialah Zaid Khair."Nabi Mengubah gelarannya kepada erti yang lebih baik.Gelaran diubah dari Zaid Khail si kuda jantan ke Zaid Khair si pembaya kebaikan.

  Walaupun gelarannya tadi sudah ditukar menjadi lebih baik ertinya ,lelaki itu tidak berpuas hati kerana soalan nya belum di jawab.

  "Wahai pesuruh Tuhan,saya mahu jawapan tentang 2 masalah saya tadi.Pertama bagaimana sifat-sifat manusia yang di sayangi  Tuhan dan kedua bagaimana sifat-sifat manusia yang di murkai Tuhan?"lelaki itu mengulangi pertanyaannya kepada Nabi Muhammad.

   Sekali lagi Nabi Muhammad tidak segera menjawap petanyaannya.Lelaki itu resah menunggu pertanyaannya dijawap.Beliau memandang wajah Nabi Muhammad dengan penuh harapan.Seolah-olah hatinya berbisik,"Bilakah pertanyaannyaku ini akan dijawap?"

  Nabi Muhammad ingin tahu lebih lanjut tentang lelaki itu."Wahai orang muda apakah perasaan kamu apabila bangun tidur?"

  "Wahai pesuruh Tuhan,setiap kali saya bangun dari tidur,saya berasa terlalu rindu bagi melakukan kebaikan.Saya juga berasa terlalu rindu untuk bertemu dengan orang yang membuat kebaikan.Apabila saya di ,beri peluang untuk melakukan kebaikan,saya tidak mengharapkan sesuatu melainkan kasih Tuhan.Tetapi,apabila saya terlepas peluang membuat kebaikan satu hari,saya berasa terlalu sedih."jawap lelaki itu berterus terang.

  Nabi Muhammad tersenyum lagi mendengar jawapan lelaki itu.Lalu,Nabi Muhammad berkata,"Waha orang muda,begitulah sifat-sifat yang disayangi Tuhan.Manakala yang di murkai Tuhan adalah orang yang tidak ada sifat-sifat yang di sebutkan tadi."

  Nabi Muhammad tidak pelu menjawap soalan pemuda tersebut kerana lelaki itulah yang menjawap pertanyaannya semdiri.Selama 9 hari pengembaraan yang jauh dan mencabar bagi menjawap dua soalannya,akhirnya jawapan yang di nanti-nanti kan itu pada diri sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...