Jenis Hadis

                                                                Assalamualaikum


Jenis-jenis HADIS

Pada awal perkembangan Islam Al-Hadis telah diriwayatkan secara lisan/ingatan, dan selepas kira-kira 100 tahun kemudian ianya dikumpulkan dan dibukukan oleh para penyelidik Hadis. Hasil daripada pengumpulan tersebut Hadis terbahagi pula beberapa bahagian mengikut riwayat/periwayatnya:
[b]

1. [u]Hadis Mutawatir[/u]

Hadis yang diketahui/diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai meyampai perkhabaran (Al-Hadis) itu, dan telah pasti dan yakin bahawa mereka yang sampai menyampai tersebut tidak bermuafakat berdusta tentangnya




2. [u]Hadis Mashyur[/u]

Hadis utama yang diriwayatkan dari berbilang periwayat Al-Hadis.iaitu sekurang-kurangnya tiga sanad (jalan kepunca Al-Hadis) atau dari tiga periwayat Hadis yang berbeza




3. [u]Hadis Sahih[/u]

Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat berikut:

i. Adil
ii. Kuat Ingatannya.
iii. Sejahtera dari keganjilan dan
iv. Sejahtera dari Kecederaan yang memburukkan.




4. [u]Hadis Hasan[/u]

Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti Al-Hadis Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat.




5. [u]Hadis Dho'if[/u]

Hadis yang tidak diketahui periwayat atau pun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat Hadis Sahih atau Hasan.




6. [u]Hadis Marfuk'[/u]

Hadis yang diriwayatkan bersandarkan kepada keinginan Nabi saw sendiri, sama ada ucapan,perbuatan atau pun takrirnya.




7. [u]Al-Hadis Mauquf[/u]

Merupakan kepatuhan atau perkataan sahabat sendiri yang diriwayatkan kepada kita




8. [u]Al-Hadis Mursal[/u]

Merupakan perkataan yang diucapkan oleh tabi'ie (mereka yang tidak pernah bertemu Nabi saw) secara lansung atau terus kepada Nabi saw dengan tidak melalui perantaraan sahabat.




9. [u]Al-Hadis Muttasil[/u]

Hadis yang berhubung/bersambung sanadnya dan setiap mereka yang meriwayatkannya mendengar terus dari orang yang meriwayatkan kepadanya sehingga sampai kepada Nabi saw atau kepada para sahabat.




10. [u]Hadis Mahfuz[/u]

Hadis yang terpelihara, iaitu mereka yang meriwayatkan Al-Hadis tersebut, adalah mereka mempunyai kepercayaan yang tidak bertentangan kepercayaan dengan kepercayaan terhadap gulungan lainnya (tidak ada kepentingan peribadi).




11. [u]Hadis Jaiyid[/u]

Hadis yang dikatakan baik dan Sahih oleh ahli atau para penyelidik Al-Hadis.




12. [u]Hadis Mujawwad dan Tsabit[/u]

Merupakan nama lain bagi Al-Hadis Sahih dan Hasan.




13. [u]Hadis Maudhuk'[/u]

Hadis yang diriwayatkan oleh mereka dengan mendustakannya dari Nabi saw pada halnya nyata tidak. Juga dikenali sebagai Hadis Palsu.(Diriwayatkan berdasar kepentingan tertentu).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...