Si Kuda Dan Si Baik

     Pada suatu hari di bandar Madinah,ketika Nabi Muhammad sedang mengajar ilmu agama islam kepada sahabat-sahabatnya di dalam masjid,tiba-tiba datang seorang lelaki manaiki unta di luar masjid. Lelaki itu kelihatan seperti pengembara yang datang dari jauh . Lelaki itu turun dari unta dan pergi ke tempat mengambil wuduk lalu mengambil wuduk. Selepas lelaki itu mengambil wuduk lelaki itu terus masuk ke masjid dan berjumpa Nabi Muhammad.

    Lelaki itu menyapa Nabi Muhammad dengan penuh hormat sambil memberi salam, lalu beliau berkata "Saya adalah pengebara. Saya mengembara 9 hari untuk berjumpa dengan Tuan". Dia berkata lagi ,"Dalam pengembaraan ini, saya menahan rasa ngantuk pada waktu malam dan menahan rasa dahada pula pada waktu siang. Saya memecut unta saya berlari supaya cepat sampai ke sini." Lelaki remaja itu bercerita bersungguh-sungguh tentang pengembaraannya.

   "Semua yang saya lakukan itu kerana mahu berjumpa dengan Tuan dan bertanya tentang 2 masalah ," ujar lelaki remaja itu dengan menjelas kan niat pengembaraannya.

   "Silakanlah! Beritahu masalah kamu kepada saya,: kata Nabi Muhammah sambil mempelawa lelaki remaja itu bertanya.

    Ibarat orang ngantuk disorongkan bantal,lelaki remaja itu segara bertanya tentang dua masalah yang terpedam dalam hati nya selamat ini.

   "Wahai pesuruh Tuhan, masalah saya yang pertama ialah bagaimana sifat-sifat manusia  yang di sayangi Tuhan? Masalah kedua bagaimana pula sifat-sifat manusia yang dimurkai Tuhan yang maha satu?" tanya lelaki remaja itu dengan tidak sabar-sabar menanti jawapan dari Nabi Muhammad.

   Nabi Muahammad berasa kagum dengan lelaki remaja ituNabi Muhammad tersenyum sambil memandang ke wajahnya.

  Walaupun begitu ,Nabi Muhammad tidak segera menjawap jawapan lelaki tersebut."Wahai orang muda,siapkah nama kamu?" tanya Nabi Muhammad."Kawan-kawan saya sering memanggail saya dengan gelaran Zaid Khail,:jawap lelaki remaja itu memperkenalkan dirinya.

  Zaid Khail bermaksud Zaid Si Kuda Jantan.Kemungkinan beliau suka membela kuda atau berlari pantas kuda hingga beliau di gelar Si Kuda Jantan.

  Apabila Nabi Muhammad mendengar namanya,beliau tersenyum lalu berkata"Bukan Zaid Khail tetapi nama kamu sekarang ialah Zaid Khair."Nabi Mengubah gelarannya kepada erti yang lebih baik.Gelaran diubah dari Zaid Khail si kuda jantan ke Zaid Khair si pembaya kebaikan.

  Walaupun gelarannya tadi sudah ditukar menjadi lebih baik ertinya ,lelaki itu tidak berpuas hati kerana soalan nya belum di jawab.

  "Wahai pesuruh Tuhan,saya mahu jawapan tentang 2 masalah saya tadi.Pertama bagaimana sifat-sifat manusia yang di sayangi  Tuhan dan kedua bagaimana sifat-sifat manusia yang di murkai Tuhan?"lelaki itu mengulangi pertanyaannya kepada Nabi Muhammad.

   Sekali lagi Nabi Muhammad tidak segera menjawap petanyaannya.Lelaki itu resah menunggu pertanyaannya dijawap.Beliau memandang wajah Nabi Muhammad dengan penuh harapan.Seolah-olah hatinya berbisik,"Bilakah pertanyaannyaku ini akan dijawap?"

  Nabi Muhammad ingin tahu lebih lanjut tentang lelaki itu."Wahai orang muda apakah perasaan kamu apabila bangun tidur?"

  "Wahai pesuruh Tuhan,setiap kali saya bangun dari tidur,saya berasa terlalu rindu bagi melakukan kebaikan.Saya juga berasa terlalu rindu untuk bertemu dengan orang yang membuat kebaikan.Apabila saya di ,beri peluang untuk melakukan kebaikan,saya tidak mengharapkan sesuatu melainkan kasih Tuhan.Tetapi,apabila saya terlepas peluang membuat kebaikan satu hari,saya berasa terlalu sedih."jawap lelaki itu berterus terang.

  Nabi Muhammad tersenyum lagi mendengar jawapan lelaki itu.Lalu,Nabi Muhammad berkata,"Waha orang muda,begitulah sifat-sifat yang disayangi Tuhan.Manakala yang di murkai Tuhan adalah orang yang tidak ada sifat-sifat yang di sebutkan tadi."

  Nabi Muhammad tidak pelu menjawap soalan pemuda tersebut kerana lelaki itulah yang menjawap pertanyaannya semdiri.Selama 9 hari pengembaraan yang jauh dan mencabar bagi menjawap dua soalannya,akhirnya jawapan yang di nanti-nanti kan itu pada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...